Peranan Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Wakaf

AWQAF turut berperanan untuk mengembangkan kesedaran agama, mengurus masjid dan pusat hafazan al-Quran, mengatur urusan Haji dan Umrah, dan menyediakan khidmat masyarakat. Ia mempunyai beberapa jabatan dan pusat bagi menjalankan peranan yang diberikan iaitu :

  • Jabatan Dakwah - yang menyelia urusan pengajaran agama, khutbah serta ceramah.
  • Jabatan Haji dan Umrah
  • Jabatan Masjid
  • Pusat Hafazan al-Quran
  • Majlis Fatwa UAE
  • Jabatan Penyelidikan dan Pemantauan Penerbitan Agama

Majlis Fatwa UAE

Semenjak ditubuhkan, AWQAF menerima panggilan daripada rakyat UAE untuk menjawab isu-isu berkaitan agama Islam. Rentetan daripada peningkatan permintaan dan bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih luas, Majlis Fatwa UAE ditubuhkan di bawah AWQAF pada Mei 2008. Majlis ini dirasmikan oleh Syeikh Saif bin Zayed Al Nahayan, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri UAE pada 28 Ogos 2008 bersamaan 27 Syaaban 1429H[1].